Saturday, December 8, 2012

2012 Bonus Entri

Assalamualaikum warahmatullah.

Tak lama lagi tirai 2012 akan berlabuh. 2013 sedang menanti. Tapi blog tetap macam tu. Hanya dapat diupdate dalam 2 atau 3 kali je setahun. Pemalas giler admin dia kan? : ).

Walaubagaimanapun, alhamdulillah kali ni dapat update untuk bonus entri akhir tahun. Entri kali ni dikumpulkan semua aktiviti kami selama satu semester bagi semester 4 tahun 2012 ini. Admin memang tak pandai nak bermadah banyak-banyak. Lets check it out !


BINA INSAN GURU SEM 4

Bina Insan Guru pada kali ini adalah khidmat masyarakat. Kami telah ditempatkan di Sg. Pelek, Sepang, Selangor. Pakej bermalam di sekolah rendah yang terdiri daripada masyarakat asli ni ialah selama 2 hari 1 malam. Alhamdullillah, kami semua berjaya walaupun tidur bergelimpangan di dalam kelas sekolah tersebut yang berlantaikan simen. Nyaman sekali. Malas nak tulis panjang-panjang pasal BIG ni, hanya dapat sertakan gambar yang tak seberapa je. 




MAKAN-MAKAN

Credit to chef Siti Nor Syahirah untuk spaghetti beliau. Marvellous!




PERAK 2012

Cakap pasal Perak ni, memang kenangan manis bagi kami. Tour Perak dengan lecturer, Encik Razak yang sporting. Sebenarnya tujuan asal ke Perak adalah untuk Kursus Asas Fotografi bagi subjek Teknologi Dalam Pendidikan. Alang-alang kredit yang diperuntukkan untuk tajuk ni banyak, kami sekelas merancang ke Perak Darul Ridzuan sebagai lokasi kursus kami selama 3 hari 2 malam. Orang kata sambil menyelam, minum air. Kursus asas fotografi yang pada namanya dah jadi kursus berjalan-jalan. Semua perancangan ni diketuai oleh Cik Dayah ( Hidayah Razali ) yang sangat komited dan bertanggungjawab bagi memastikan perancangan kami ni tetap berjalan dengan lancar. Hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa susahnya nak merancang sesuatu aktiviti ni, terlalu banyak cabaran dan kekecewaan pada mulanya.

Walau bagaimanapun, kami dapatlah sponsor sikit dari pihak IPG yang baik hati. Makanan dan bajet sikit-sikit. Tapi satu yang kami sangat-sangat perlukan iaitu, kenderaan. BAS. Hanya terlewat beberapa jam saja untuk minta permohonan kenderaan, bas dah di full booking. Kecewa! Mohon sana-sini nak dapatkan kenderaan, akhirnya drive sendiri semuanya. Berkonvoi. Tapi ternyata lagi best daripada naik bas kot. Apa pun, jalan-jalan ke Perak tetap best ! Masa ni lah ukhuwah akan terjalin & dapat kenal perangai kawan-kawan kita. Kita kan keluarga bahagia... : )

Ok lah, nak sambung cerita lagi. Kami semua bertolak dari IPG dengan 4 buah kereta. Berkonvoi. Tapi tak konvoi sekali dengan Encik Razak, beliau...Fast and Furious. Tak dapat dikejar. Hari pertama kami semua  menuju ke Bukit Larut. Bermalam di atas Bukit Larut. Nak naik ke Bukit Larut tu..ya ampun...72 selekoh menanti. Macam naik roller coaster. Tapi kami semua naik Land Rover zaman dulu-dulu la. Bila dah sampai atas Bukit Larut tu, pemandangannya cantik sangat. Sheejuuk... Kami stay di Cendana Hut. Rumahnya, awesome!  Rumah Inggeris dulu-dulu kan... So, bermulalah kursus fotografi kami bersama Encik Razak yang sporting sesangat. Tapi bukan kursus sangat pun, belajar pun santai je. Beliau bawa sekali isterinya, anak-anak dan wan. Dah jadi percutian keluarga pulak kan? : )

Next day, kami gerak ke Kuala Kangsar. Menuju ke Mee Udang Mak Jah. Memang kaya dengan udang mee nya. Then, lepas makan-makan, ke masjid Ubudiah dan selepas itu terus menuju ke Mr Os Chalet.   Malam kedua kami adalah di Mr Os Chalet. Best tempatnya. Suasana kampung. Harga untuk penginapan bagi 1 malam pun ok la, dalam rm80 bagi rumah yang dipilih. Kemudahan pun lengkap. Pemilik homestay ni, Mr Os tu...pelawak kat tv. Tapi tak berkesempatan la pula bertemu dengan beliau. Ada kerja katanya.

Malam tu, kami ber BBQ. Best sangat ! Masak-masak bersama. Then makan bersama-sama. Wan sponsor buah-buahan. Terima kasih wan. Lepas tu bermain bunga api kejap, buat teknik bulb. Tapi kurang menjadi, tak seperti yang kami buat di atas Bukit Larut. Kemudian, ada yang buat hal masing-masing, tengok bola & ada yang mandi-manda dalam kolam renang.

Hari terakhir, kami berjalan-jalan disekitar Kuala Kangsar. Nak makan laksa katanya. Ada yang beli souvenir nak bawa balik. Then, kami gerak ke Kellies Castle. Apabila sampai je, hujan lebat menyambut kami. Rahmat tu. Tapi kejap je, lepas tu panas kembali. Lepas ber shoot-shoot kat atas castle tu, kami pun bertolak balik ke Bangi. Alhamdulillah, selamat sampai dan sempat menyambut hari lahir kembar tak seibu dan bapa, Laila & Iqbal. Birthday prank ! Tepung & air sebagai penutup percutian kami...


Birthday gurl & boy, Laila & Iqbal.

 ****************

Cebisan pics yang dapat dimuatkan. Random. Ribu riban jumlahnya. Pening nak pilih. Dah nama pun kursus fotografi kan...














We totally love food!






Random!


Bunga-bunga cinta Perak.


**********************
THE END. BYE-BYE 2012
2013. 
We're coming!

No comments:

Post a Comment