Monday, August 30, 2010


Wahai teman-teman yang disayangi....
RAMADHAN hanya tinggal lebih kurang 10 hari je lagi....
Manfaatkanlah 10 hari ini dengan sebaik-sebaiknya...Mohonlah keampunan kepada Allah kerana 10 malam terakhir itu,diampunkan ALLAH segala dosa-dosa kita dan dijauhkan kita dari API NERAKA....
Rebutlah LAILATUL QADAR....

Mudah-mudahan kita adalah insan yang terpilih untuk beroleh LAILATUL QADAR..
AMEEN.......



Dikesempatan ini juga,
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN diucapkan kepada rakan-rakan kuliah PPISMP 3.02....
Semoga berbahagia menyambut SYAWAL di samping keluarga tersayang...


Friday, August 13, 2010

Ramadhan Menjelma Lagi


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua
_____________________________________________________________________

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa." Al-Baqarah 183

Wahai sahabat-sahabatku, terdapat tiga kategori manusia yang terhasil daripada Madrasah Ramadhan

1- seseorang yang bertambah imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
2- seseorang yang sama imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
3- seseorang yang berkurang imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya

Agak-agaknya kita akan dimasukkan ke dalam kategori mana? Alangkah berbahagianya andai kita termasuk di dalam kategori pertama. Marilah kita koreksi diri, muhasabah setiap amalan kita supaya ianya membantu mempertingkatkan ibadah pada bulan Ramadhan yang bakal kita lalui nanti. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai wadah untuk kita tingkatkan amalan agar ia akan menjadi Ramadhan yang terbaik pernah kita lalui, insyaAllah.

sumber : ILUVISLAM

p/s : SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL KAREEM kpd pelajar PPISMP 3.02...Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kalian...Jangan lupe utk perbanyakkan amalan dalam bulan puasa ni yer..renung-renungkan, & selamat beramal..



Sunday, August 1, 2010

ENTRY 1 : Grammar game

Ehem2.....
maklum la baru nk start update blog....
x tau nk tulis apa....
sbnarnya x de apa2 pun....
just nk letak aktiviti yg kita dh buat,,,drpd dibiarkan blog ni b'sawang jer....
hmm....
ni la aktiviti minggu lps yg kitorang dah buat kt dalam kelas...




best sangat!!!
semua org enjoyed.....
kredit diberikan kpd k.aini and nadiah ats penganjuran games yg menyeronokkan...
mmg fun sangat....
rasa mcm kembali zaman kanak2....
nama games ni ntah apa...
lupa pulak nk tya diorg....
tp yg pasti games ni dpt menolong kitorg dlm grammar....
coz kena jwb soalan utk terus "move" dlm kotak ni....
kitorg dibahgikan kpd bebrpa kump.....
kaum lelaki diberikan tugas utk membaling "giant dice"
"girls" pulak move kt dalam kotak tu....



let's throw the dice......


haa.....ni pulak, k.aini n nadiah wktu bg instructions kt kitorg...yg sebelah tue, madam Dalilah...


nani n atin yg tengah "move" kat dlm kotak.....

last sekali,
pemenang kuiz ni dimenangi kump yg terdiri drp FAEZ, NAD, ATIN & MAR......
ngeh3.....
terima kasih k.aini atas hadiah yg diberikan.....